Isnin, 25 April 2011

Sijil Kelulusan Pendaftaran Persatuan Bertarikh 11 Mac 2011

Tahniah semua, akhirnya Persatuan Penduduk Taman Melati Kawasan 13(Mastika) telah diluluskan pendaftaran nya oleh pihak berwajib seperti lampiran.

Gotong Royong Penduduk Mastika 15hb May 2011

Tarikh : 15 Mei 2011(Ahad)
Tempat : Seluruh Kawasan MASTIKA Taman Melati
Masa : 8.00 am – 1.00 pm

Tujuan utama mengadakan aktiviti gotong royong adalah untuk membersihkan kawasan dipersekitaran rumah termasuk bahan/objek/peralatan yang tidak diperlukan lagi disampingkan mengurangkan ruang penyimpanan dirumah.

Pembuangan sampah ini termasuk peralatan tuan puan yang telah usang seperti almari baju, tilam lama, basikal buruk, barang-barang eletrik, peralatan latihan jasmani, dan sebagainya.

Kerja-kerja gotong royong ini juga akan membersihkan kawasan awam seperti padang permainan, laluan pejalan kaki dan pintu-pintu utama.  Pihak persatuan telah meminta kerjasama pihak DBKL untuk bantuan peralatan gotong royong dan lori sampah.


Sila berkumpul di padang permainan bermula jam 7.30 am


Pihak DBKL , KESIHATAN, SENI TAMAN akan membantu persatuan penduduk dalam kerja-kerja gotong royong.  Harap dapat kerjasama tuan puan dan anak-anak meraikan program ini.

Garage Sale/ Jualan Lambak 8hb May 2011

NOTICE : Di TUNDA SEHINGGA DIBERITAHU KELAK.
Tiada kelulusan permit daripada pihak DBKL. ( as of 4th May 2011)

Notis Garage Sale/Jualan Lambak MASTIKA, ( 8hb Mei 2011 )

Tarikh : 8hb Mei 2011(Ahad)

Tempat : Sepanjang Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Jalan 2/5A

Masa : 8.00 am – 3.00 pm

Tujuan utama mengadakan Garage Sale adalah untuk menambahkan tabung persatuan dan juga memberi peluang kepada penduduk menjual bahan/objek/peralatan yang tidak diperlukan lagi disampingkan mengurangkan ruang penyimpanan dirumah.

1.     Sila hantar permohonan melalui SMS kepada Setiausaha Persatuan Kol Anhar Anuar ,   sebelum 5hb Mei 2011 dengan menaip Garage Sale, Nama , alamat dan jumlah petak yang diperlukan. ( Maksima setiap peserta 2 petak ).  Nombor petak akan di hantar melalui SMS kepada semua peserta yang berdaftar berdasarkan siapa dahulu dia dapat. 
Contoh SMS : “ Garage Sale, Mr Ahmad Omar, 81 Jln 2/5A, Satu Petak”.
2.     Barang-barang yang mudah bakar, berbahaya kepada kesihatan atau yang bertentangan dengan undang-undang tidak dibenarkan sama sekali.  Pihak persatuan tidak akan bertangungjawab sekiranya ianya dirampas oleh pihak berkuasa.
3.     Pihak persatuan mengenakan caj sebanyak RM 10.00 bagi setiap petak dan bayaran boleh dibuat pada hari tersebut.