Ahad, 15 Mei 2011

Gotong Royong Penduduk Mastika 15hb May 2011 Di-jayakan Dengan Baik

Gotong royong persatuan telah dijayakan denagn amat baik sekali.  Penyertaan merangkumi seisi keluarga membersihkan kawasan di sekeliling rumah.  Terdapat permintaan supaya aktiviti ini dijayakan sebanyak 2 kali setahun ataupun lebih kerap lagi.  Insyaalah dimasa akan datang ianya akan lebih meriah.  Terima kaseh kepada semua ahli-ahli yang telah meluangkan masa, tenaga, dan ribuan terima kaseh kepada pihak DBKL yang telah membantu peralatan, khemah, lori dan sebagainya.






























Selasa, 10 Mei 2011

Penangkapan Musang Di Taman Melati, Mastika

Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada ahli kita Dato' Hamid Ali yang telah berjaya menangkap sebanyak 5 ekor musang.  Atas usaha-usaha beliau, bagi pihak persatuan penduduk kita ucapkan ribuan terima kaseh.  Harap masaalah gangguan musang akan berkurangan di masa akan datang.

Bayaran Yuran Bulanan Melalui E-Banking

Sukacitanya dimaklumkan bahawa penduduk telah mula membuat pembayaran yuran bulanan melalui e-banking.  Pihak AJK amat berterima kaseh atas kepercayaan ini.  Harap pembayaran melalui e-banking akan mencapai kadar 80% dalam tahun 2011.

Terima kaseh kepada nama-nama ahli yang telah membuat pembayaran seperti dibawah.  Resit rasmi akan dikeluarkan setelah penyata bulanan persatuan diterima daripada pihak bank dalam masa terdekat.


Hamzah Hashim,  xx Jln 1/5A, Mac - Mei 20 on 05/10/11 12:05:23 via Maybank2u.com.

ZUL AMIN ,  xx JLN 4/5A, APR - MAY 2011  on 05/09/11 10:02:18 via Maybank2u.com.

NORIZAN HARUN,  xx Jln 3/5A, Apr-Jun 2011 on 05/05/11 10:32:30 via Maybank2u.com.

Mohd Budiman Ahmad,  xx Jln 4/5A, Apr-Jun on 05/03/11 16:15:08 via Maybank2u.com.

Faizal B Mydin  xx Jln 4/5A, May-Jul 2011 on 05/03/11 09:43:52 via Maybank2u.com.

Johari Yahya  xx Jln 2/5A Feb on 04/29/11 21:29:13 via Maybank2u.com.

Mohd Sokri, No  xx Jln 2/5A, Jan-June '11 on 04/28/11 22:29:21 via Maybank2u.com.

( nombor rumah tuan puan di padamkan dan diganti dengan xx  )

10 May 2011.

Isnin, 25 April 2011

Sijil Kelulusan Pendaftaran Persatuan Bertarikh 11 Mac 2011

Tahniah semua, akhirnya Persatuan Penduduk Taman Melati Kawasan 13(Mastika) telah diluluskan pendaftaran nya oleh pihak berwajib seperti lampiran.

Gotong Royong Penduduk Mastika 15hb May 2011

Tarikh : 15 Mei 2011(Ahad)
Tempat : Seluruh Kawasan MASTIKA Taman Melati
Masa : 8.00 am – 1.00 pm

Tujuan utama mengadakan aktiviti gotong royong adalah untuk membersihkan kawasan dipersekitaran rumah termasuk bahan/objek/peralatan yang tidak diperlukan lagi disampingkan mengurangkan ruang penyimpanan dirumah.

Pembuangan sampah ini termasuk peralatan tuan puan yang telah usang seperti almari baju, tilam lama, basikal buruk, barang-barang eletrik, peralatan latihan jasmani, dan sebagainya.

Kerja-kerja gotong royong ini juga akan membersihkan kawasan awam seperti padang permainan, laluan pejalan kaki dan pintu-pintu utama.  Pihak persatuan telah meminta kerjasama pihak DBKL untuk bantuan peralatan gotong royong dan lori sampah.


Sila berkumpul di padang permainan bermula jam 7.30 am


Pihak DBKL , KESIHATAN, SENI TAMAN akan membantu persatuan penduduk dalam kerja-kerja gotong royong.  Harap dapat kerjasama tuan puan dan anak-anak meraikan program ini.

Garage Sale/ Jualan Lambak 8hb May 2011

NOTICE : Di TUNDA SEHINGGA DIBERITAHU KELAK.
Tiada kelulusan permit daripada pihak DBKL. ( as of 4th May 2011)

Notis Garage Sale/Jualan Lambak MASTIKA, ( 8hb Mei 2011 )

Tarikh : 8hb Mei 2011(Ahad)

Tempat : Sepanjang Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Jalan 2/5A

Masa : 8.00 am – 3.00 pm

Tujuan utama mengadakan Garage Sale adalah untuk menambahkan tabung persatuan dan juga memberi peluang kepada penduduk menjual bahan/objek/peralatan yang tidak diperlukan lagi disampingkan mengurangkan ruang penyimpanan dirumah.

1.     Sila hantar permohonan melalui SMS kepada Setiausaha Persatuan Kol Anhar Anuar ,   sebelum 5hb Mei 2011 dengan menaip Garage Sale, Nama , alamat dan jumlah petak yang diperlukan. ( Maksima setiap peserta 2 petak ).  Nombor petak akan di hantar melalui SMS kepada semua peserta yang berdaftar berdasarkan siapa dahulu dia dapat. 
Contoh SMS : “ Garage Sale, Mr Ahmad Omar, 81 Jln 2/5A, Satu Petak”.
2.     Barang-barang yang mudah bakar, berbahaya kepada kesihatan atau yang bertentangan dengan undang-undang tidak dibenarkan sama sekali.  Pihak persatuan tidak akan bertangungjawab sekiranya ianya dirampas oleh pihak berkuasa.
3.     Pihak persatuan mengenakan caj sebanyak RM 10.00 bagi setiap petak dan bayaran boleh dibuat pada hari tersebut.